Mereka yang BEST

Friday, January 22, 2010

Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak

TUMI di Seri Kembangan, Serdang semalam.

SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.

P/S :
Pada pagi ni, aku ingin berkongsi cerita yang sangat membuatkan hati kecil aku tersentuh. Dimanakah nilai kemanusiaan seorang anak terhadap ibu kandung sendiri???..astaghfirullahala'zim..ok2, mesti korang tertanya-tanya apa benda yang membuatkan aku sedih pagi ni? actually aku bace paper kosmo on9, ada satu berita yang sangat menyentuh hati aku, terasa geram, dan ingin saja aku berdepan dengan seorang insan yang bergelar "anak" tidak mengenang budi ibunya..subhanallah. Dunia kian menampakkan kekejamannya, tiada lagi hati murni yang boleh dibanggakan..semakin maju kita di arus pemodenan semakin lalai kita kepada tanggungjawab terhadap ibu bapa..to Al Mighty, Engkau jauhkanlah aku dari sifat2 keji ini..ampunkanlah segala dosa2 ku andai selama ini aku pernah menyakiti hati IBU ku..seseungguhnya Ya Allah ingin sekali aku membalas jasa dan segala pengorbanan mereka..

2 comments:

Unknown said...

e geram tol ak bace...xmenghargai lansung la org tua yg still ade..huhuhu

Lily Al-Jamilullail said...

2la..ape nak jd kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...