Mereka yang BEST

Sunday, October 31, 2010

M.I.S.S.I.N.G

~Nak cakap yang saya rindu kamu~


MISSING YOU MR.J

Aku nak Kawennnn!!

Hi, assalamualaikum

Bikin gempak jer kan tajuk kat atas tuh! Excited terlebih sudaa gara-gara baru balik dari tengok majlis akad nikah seorang kawan lama masa belajar di Sekolah Menengah Teknik Slim River (SMTSR). Aku bukan boleh tengok orang kawen2 ni ekekek :p .. Makkk engko majlis sungguh meriah dengan persalinan dan pelamin serba putih. Emm...emm..pelamin impian keh..keh..keh...Ehmm xlarat nak taip panjang2, mata dah ngantuk sangat2. Esok pagi kena bersiap2 pergi majlis persandingan pula...then jumpa dengan kawan2 lama..wahhhh boleh snap picture manyak2 nih..yes2!! Xsempat nak upload gambar untuk majlis akad nikah, next time lah. okeh..goodnight u'olz..T______T

Semoga mimpi2 indah malam ni..*kawen dengan putera raja* ehekhek..

Friday, October 29, 2010

Hari BOSAN sedunia

Ouh...xbest nye hidup bosan2 ni..hari ini sangat bosan yang teramat. just imagine subuh bangun untuk solat then dalam pukul 8 tidur semula, bangun kul 12 tengahari, terus sarapan lunch bihun singapore buatan roomate yang masak untuk sarapan pagi, maap roomate xtolong u masak i tertidur gara-gara wat buat assignment EDU sampai pukul 2 pagi ^_^ then buka facebook and apa yang patut (aik..lain macam je bunyinye) stop!!! bantutkan daya imaginasi anda..sesungguhnya saya xbuat sepertimana yang anda fikirkan sekian~ :p


 pastu kemudian tertidur lagi sebab beronline atas katil kan..so memang sodap laa..lagi, terjaga dari tidur kul 2.30 petang *haishhh anak dara apa ni* =D...Then bangun terus mandi..maap la kalo time cuti memang mandi lewat..kadang2 je buat macam ni ^_^..abis mandi solat zuhur.

pastu sambung hobi online facebook lagi, tengok cerita CHINTA kat laman web tonton, klik sini http://www.tonton.com.my/. dah abis tengok solat asar lak..pastu sambung online plus edit blog sikit2 bagi comel...sampailah maghrib. malam ni sudah pasti akan beronline sampai lebam T_T




comel kan baby ni tidur..saya pun tidur camni :p

p/s to readers :

* janganlah jadi macam saya
* carilah alternatif lain yang berguna untuk mengisi masa lapang anda
* jangan buang masa anda dengan tidur sepanjang hari (saya menjadi ting tong sekejap akibat terlebih tidur)
* buatlah kerja rumah seperti kemas rumah, kemas dapur, buang sampah dan paling penting buang sifat malas
* majukanlah hidup demi masa depan yeahhh :)

On the night like this by Mocca (Music and lyric)




Mocca On The Night Like This

On The Night Like This - Mocca

On the night like this
There’s so many things I want to tell you
On the night like this
There’s so many things I want to show you

Cause when you’re around
I feel safe and warm
When you’re around
I can fall in love every day

In the case like this
There are a thousand good reasons
I want you to stay…

Tuesday, October 26, 2010

kuiz di facebook yang sengal-mengal

Ok post kali ni berkaitan dengan kuiz kat facebook yang sengal-mengal yep..saya amek 7 kuiz sekaligus huhuuu...memang suka buang masa yep kamu ni!! xpelah, at least dapat gelak2 release tension kan..so gelak tak habis2 dengan housemate+roomate ggg(gelak guling-guling)...senak perot mak gelak..eheh.
*
*
*
*
*

Ini antara soalan2 kuiz ye...sila gelak untuk rawatan stress anda :))



1. Pasangan anda?
jawapan : seorang yang manis
komen : yer..senyuman beliau memang manis :p


2. Mati jadi hantu apa?
jawapan : hantu galah
komen : makkk aiiiiii....takot lah saya..agak melampau kuiz ni..


3. Apakah pekerjaan selepas tamat belajar?
jawapan : tukang airon baju suami
komen : penat2 je wat ijazah 4 tahun..last2 kena gosok baju suami..abang!! saya nak upah melancong ke oversea setiap tahun ok..(sambil buat muka comel ^_^)


4. Bagaimanakah anda menyayangi kekasih anda?
jawapan : buang kekasih dari bangunan tingkat 14
komen : uishhh, kejam!! saya sayang kekasih saya :D..saya buang en.kuiz ni baru tau..


5. Kalau tension?
jawapan : basuh semua pakaian orang
komen : hahh!! tidak mendatangkan faedah betul..


6. Apa akan terjadi pada anda pada tahun 2012 nanti?
jawapan : pergi haji
komen : wahh...kuiz ni paling terbaik..dapat pergi haji masa muda2 ni ..doa2 kan la yep :))



7. Cuti study week apa patut kamu lakukan?
jawapan : habiskan duit ptptn, pergi jalan2 pusing2 1 Malaysia
komen : hohh..tak sempat nak perabis, memang da tinggal sikit je duit ptptn ..sob..sob..:(
*
*
*
*
*


haa...tengok, sengal ke tidak sengal? tapi bagus jugak..satu treatment jugak kuiz ni..gelak sampai xhengat dunia :p




Monday, October 25, 2010

Kekasih Mix

Assalamualikum..entri kali ni nak BERKONGSI cerita tentang "KEKASIH MIX". Ok entri kali ni boleh dianggap menarik sebab melibatkan watak-watak yang begitu dekat dengan diriku :D.

Watak-watak yang terlibat
1. bermula dengan pangkal nama NZ
2. bermula dengan pangkal nama NA
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
BABAK I


It's all about love story mereka..memang boleh dikatakan memang sungguh-sungguh dalam percintaan ni..tapi masih belum dalam peringkat bercinta laa, its just like perasaan minat/suka. Sebab mereka dan pasangan masing-masing selalu berhubung thru Friendster, Tagged, YM, Facebook and Handphone.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
BABAK 2


Tapi kisah yang masih bertahan sampai sekarang kisah NZ..tahniah coz you sabar, tetap pendirian dan teguh dengan perasaan itu since last 2-years. a big clap for you. Cayalah! InsyaAllah dengan izin Allah..both of you akan disatukan juga nanti..doa banyak2 tau :)) tumpang happy ni..tidak sabar rasanya nak tunggu saat korang bertemu ..confirm meletopppp beb!! eheh
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
BABAK 3

Ok..seterusnya kisah watak NA pula tidak kesampaian. Mungkin beliau tidak seteguh watak NZ tadi..sebab tu kecundang. Tidak tahu dimana silapnya..kalau dulu memang rancak NA ni berhubung dengan pasangannya tu memang dah macam pasangan kekasih pun ye gak. But since him busy dengan kerja-kerjanya, mission nak selamatkan negaranya, outstation ke sana sini..so makin susahla nak berhubung. Tapi kalau sekali-sekala nampak him or NA online mereka memang akan bertegur. Last yang NA dengar cerita pasal him...now dia ada di Germany :))
Hope beliau berjaya dimana jua beliau berada..chewwahhhhh :)

*
*
*
TAMAT

Friday, October 22, 2010

Maher pembasuh jiwa

Maher Zain didatangkan jauh dari Sweden untuk menyelamatkan jiwa anak muda di Malaysia melalui muzik yang dibawakannya. Siapa sangka anak muda yang pernah hanyut itu kini menjadi idola anak muda serata dunia melalui muzik ikhlas yang dihasilkannya.

Jiwa memang diserap masuk unsur positif tatkala mendengar Maher menyanyi secara langsung di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam, Selangor malam semalam. Dia menjayakan persembahan amal Maher Zain Save The Soul Showcase yang dibawakan oleh Raudhatus Sakinah.

Pada masa yang sama, berlangsung sebuah konsep pop menampilkan bintang American Idol, Adam Lambert yang membawakan muzik yang sangat jauh dengan apa yang Maher perjuangkan.

Namun ramai yang membuat pilihan mahir untuk menikmati alunan muzik Maher Zain. Dewan penuh malah pihak penganjur terpaksa mengabaikan banyak permintaan sebab tempat duduk tak memungkinkan.

Tak salah kalau mengatakan penonton malam itu menikmati malam Jumaat yang indah, bak kata pengacara Ahmad Fedtri Yahya yang berpasangan dengan personaliti bertudung litup Wardina Safiyyah. Aishah dan In-Team turut menghiburkan penonton.

Maher tidak menari walaupun mendendangkan lagu serancak Baraka Allahu Lakuma sebaliknya pengukir senyum sepanjang persembahannya. Ia cukup memuaskan kerana apa yang diharapkan ialah penyampaiannya yang meresap ke dalam jiwa.

Ada sebab mengapa lagu-lagunya menyentap perasaan pendengar. Maher menghasilkan muzik dari dalam jiwa... semestinya mudah meresap ke jiwa.

Apa yang ditulisnya berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri serta pemikirannya terhadap apa yang disaksikan dalam hidup.

Apatah lagi Maher sebelum ini bukanlah seorang yang dekat dengan agama kerana dibesarkan di Barat. Namun jiwanya yang sentiasa kosong kerana tidak diisi dengan amalan membuatkan dia mampu meluahkan perasaan dalam setiap lagu yang dihasilkan bila mendapat hidayah.

Sederhana yang memikat

Maher tampil sederhana sahaja walaupun pada masa ini dia ramai pemuja. Imejnya masih kekal sebagai seorang pendatang baru. Memang sebagai penyanyi Maher baru dengan memiliki album sulung.

Tapi sejarah kerjaya seninya sudah lama dan bekerjasama dengan banyak nama besar di belakang tabir pembikinan album.

Kesederhanaan yang ada itulah menjadikan Maher istimewa dan dilihat dekat dengan peminat. Bersesuaian dengan lagu-lagunya yang mendamaikan jiwa.

Malam itu Maher mendendangkan lagu-lagu, Always Be There, Ya Nabi Salam Alaika, Hold My Hand, Allah Allah Kiya Karo, The Chosen One, For The Rest of My Life, Open Your Eyes dan berakhir dengan lagu paling diminati, Insya-Allah.

Nampaknya peminat sudah dekat dengan Maher apabila mengikut bait-bait lagu nyanyiannya sepenjang persembahan. Peminat juga sopan duduk dibangku tanpa berbegas ke depan pentas sebagai menghormati persembahannya.

Namun Maher turut turun ke bawah untuk membolehkan peminat melihat dirinya dari dekat. Peminat memuji penampilan Maher yang kacak.

"Kacaknya dia...," terdengar pujian penonton barisan depan yang berbisik deras kepada rakan di sebelahnya. Rakan sebelah mengangguk dan mengiya-iyakan bisikan itu.

Maher bukan sahaja kacak, malah disulami dengan suara yang merdu dan memikat pendengar dengan alunan suaranya itu. Sebab itulah setiap baris lagu mudah sampai ke jiwa pendengar.

Mahu datang lagi

Maher berjanji tidak menjadikan trip ke Malaysia kali ini sebagai penyudah malah berjanji akan datang lagi menjayakan sebuah konsert yang lebih besar pada masa akan datang.


"Inilah trip yang paling menyeronokkan sayasepanjang saya mengadakan tour ke beberapa negara," kata Maher kepada peminat yang datang menonton persembahan sulungnya di Malaysia.

Malam ini Maher akan mengadakan persembahan terakhir sebelum pulang ke negaranya setelah dua minggu di Malaysia. Kehadiran album Maher memang mengujakan peminat. Sebab itulah album sulung berjudul Thank You Allah kini album terlaris dijual di Malaysia.

Maher juga berterima kasih kepada peminat yang menyokong kerjaya seninya. Malah laman facebook miliknya digemari oleh lebih 700,000 peminat dengan lebih separuh daripadanya peminat dari Malaysia.

dedicated to me :))

he sent me this lyric thru fb messege


KEhaDiraN CiNta mU
MeYinaRi hIduP kU
KEhaNgaTan CiNta MU
MeNguBatI sEpi kU....
KeLemBuTan hAti mU
MenGuBatI lukAku
KeDamaIaN hAti Mu
MenYinaRi hiDuP kU....
BeLaiAn MaNja mU
MeNGawaL ReSah kU
KeLuHuRaN hAti mU
HanYa kAu keKaSiH kU.....
KeAgUnGaN CinTa Mu
BeRsaMa ImPiAn kU
UnTuk hiDup beRsaMa
SeHingGa kEakHiRnyA....
MakiN mEmBaRa aPi ciNta kU
KAulaH yAnG saTu
KaUlaH ciNtaku....
Tak mUngkIn lAgI
MeRubAh HaTi
CiNta yAnG sUci
CinTa aBadi.......

August 6 at 5:30pm

Wednesday, October 20, 2010

aLL abOut gUitaR

LOVE this

Assalamualaikum w.b.t & gud morning now 11.35am..
ok..entrie kali ni about GUITAR
post ni khas untuk my best friend sebab beliau cadangkan untuk wat satu entri about my present (guitar)

Her name is Fifi Zafirah Kamaruddin :D

ramai jugak yang tanya...gitar betol ke??
ada jugak yang mati2 ingat memang gitar betul..eheh
anda semua tertipu tettt!!!!!!
its just replica =D

Zafi ni entri yang u cadangkan k..hehe
ok, actually gitar ni sekadar cenderahati from him to me
then i pun ada bagi jugak something kat dia
sebagai tanda kenang-kenangan untuk kami

semuanya bermula dengan dia tanya ada kedai cenderahati x kat sini?
then jawablah..ada2!! kat depan sana..kiteorang pun pergilah
lama jugak cari yang mana sesuai..siap tunggu turn lagi nak tulis something atas cenderahati tu ..ngeh3
After this nak mintak yang real one boleh x??? ekekek =p

btw..thanks for all this :))

Tuesday, October 19, 2010

Kelebihan Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Daripada Pesan Guruku:

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :

  • dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan
  • terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.
  • dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah

robot pink??

Pernahkah anda melihat robot kaler pink?? ni 1st time saya dpt tgk, tapi tengok dari blog orang..oklah tu kan?? eheh..
lawa lah!! rasa macam nak je..ada x sesapa yang nak bagi free?? plz up ur noise..huhu
alahaaiii, napela cun sangat robot nie...geram2!!

sungguh comel..

eeyyahhh!!

from the back

see..tidakkah anda geram??haishhh..

WHAT I LOVE THE MOST

I ♥ ALLAH
I ♥ ISLAM
I ♥ MY MOM & DAD
I ♥ MY SIBLINGS
I ♥ MY FAMILY
I ♥ HIM
I ♥ MY FRIENDS
I ♥ PHOTOGRAPHY
I ♥ DSLR

Sunday, October 17, 2010

Me & Him

16 Oktober..
Berjalan-jalan dengan Mr. Luv..
Bawa beliau ke pesta konvo UPSI
Kami makan2, jalan2 dan makan lagi sambil tengok konsert retro 60-an
Artis legenda yang menghiburkan bumi UPSI adalah Dato' Jefri Din
Quite interesting coz ada live band yang turut wat show
Terhiburlah jua jiwa kami ehehe..

sambil jalan2 sempatlah bergambar untuk dibuat kenang2an..
Insyaalah akan terpahat dalam lubuk hati ini memory hari ini
thanks B for tonight..im really appreciate it
thanks alot :)

enjoy looking our pictures



he gave me this guitar..thanks dear
luv u too

heheh..

lalalaaa...

looks like bodyguard i..


SEKIAN~


Friday, October 15, 2010

latest pics :)

Gambar2 ni semua di ambil masa fieldwork last week..
view yang sangat cantik memang sesuai dengan jiwaku suka snap gamba & photoshoot..
thanks to ann coz kasi pinjam dslr beliau..:)



ni kat Sekinchan Selangor

titi kat parit

Bukit Malawati

Tuesday, October 5, 2010

Angel - Atilia

THIS SONG 4 YOU MY DEAR (^_^)


Angel
Kau pernah bawaku ke sana
Di alam mimpiku
Dia
Yang selalu ada dihatiku
Mengusir rindu
Bawa daku bersamamu

Angel
Tunjukkanlah mata hatimu
Seperti selalu
Kutahu
Kerdipan gemintang kan hilang
Pastikan hilang
Bawa daku bersamamu
Bawa daku bersamamu

Kuingankan hanya kamu
Percayalah kepadaku
Angin hembuskan rinduku
Ku tahu nurani diriku
Mahuku hanya kamu
Lirikan senyuman yang membisu
Tapi hanya kamu...

Angel
Kesudahannya mungkin tiba
Kurelakan semua
Moga
Kita diberkati olehNya
Selama lama


Sunday, October 3, 2010

saje suke2

model 1

model 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...