Mereka yang BEST

Friday, February 26, 2010

salam Maulidur Rasul Buat Nabi Junjungan Kita...




Salam Maulidur Rasul buat Nabi Junjungan Kita Muhammad SAW..
*selawat*

Thursday, February 25, 2010

aku rindu dia...

hari ni 25hb feb aku menjadi agak emosional sedikit..entah xtahu mengapa aku berasa sangat sedih. tarikh ni merupakan tarikh kelahiran kakak aku..tapi dia dah xde..kerana Allah telah menjemputnya terlebih dahulu..dah 2tahun setengah dia meninggalkan kami semua..yer..memang sedih bila terkenangkan arwah..tambah2 hari ini hari special buatnya..tapi..... pada mulanya aku tidak mahu menampakkan kesedihan aku ini..tapi tadi aku post about her birthday kat fb..mase tu aku cool lagi..tapi ada yang respon then aku terlalu terharu membaca komen2 dari teman2 fb..sehingga air mata jatuh membasahi pipi..terima kasih kawan2 di atas komen2 kalian..aku harus tabah menghadapinya. begitu juga dengan seluruh keluargaku terutamanya buat anak2 beliau..aku tahu mereka lagi sayangkan beliau. kasihan mereka tidak mendapat kasih sayang dari ibu kandung mereka sendiri. tapi xpe..keluarga kita ada..

again..happy birthday sis..i love u..bawah nie pics anak my sis


mereka tolong wat assignment=)



inilah dia permata hati yang akan berkilau suatu hari nanti insyaallah..




p/s : to all readers..sedekahkan alfatihah kpd umat2 islam yang telah kembali ke rahmatullah.. ~Al-fatihah~




Tuesday, February 23, 2010

penatnya..=(

Baru je selesai semua keje2 rumah..amatlah letih. xpasal2 aku jadi maid kat rumah sewa ni..yela sakit mata ni tengok rumah bersepah-sepah & kotor. especially lantai kat area dapur..huhhh geli aku nak pijak kaki kat situ. Dengan sampah yang penuh..no ones yang prihatin akan rumah yang bersepah nie..kalau nak tunggu sape2 ke nak bersihkan jangan haraplah..so, better inisiatif sendiri kan..jangan harapkan orang. tadi balik kelas sampai2 je rumah tengok dapur memang kotor..dengan sampahnya. masuk je bilik aku terus salin pakaian n teruskan operasi...

Ni kerja2 yang aku buat :

1. buang sampah

2. sapu sampah (dari dapur hingga ke ruang tamu)

3. jirus air kat lantai dapur + sabun + berus (sempat maen air lg hehe)

4. mop lantai sampai kering dan berkilat macam cermin

5. mop lantai area ruang tamu lak..tapi ajax xde..so aku hentam je guna softlan..boleh ke??

*
*
*
*
*
*
6. then, aku teruskan lagi kerja dalam bilik air lak..maksudnya mandilah setelah penat dan berpeluh.

7. basuh baju...huwaaaa penat giler..bile la nak habis semua2 nie.

8. settle...dengan penatnya.

KRONOLOGI..ngeh3x


4.00 pm : habis kelas

4.15 pm : singgah libry cari buku..tapi xjumpa2..balik dengan perasaan hampa ibarat putus cinta
hehe

4.45 pm : sampai rumah

5.00 pm : start jadi maid haha

6.45 pm : selesai semua kerja ;-)

7.00 pm : mengadap lappy menulis ini belog..

p/s : jagalah kebersihan, jangan mengharapkan orang lain, nampak je rumah bersepah cepat2 bersihkan, inisiatif sendiri..uhmmm kalau mengharapkan orang lain alamatnya teruklaaa..

saya sangat penat!!!

Monday, February 22, 2010

Cinta Sejati

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

  • Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
  • Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
  • Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
  • Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
  • Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
  • Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
  • Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
  • Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
  • hellowen..

    salam..rasa cam dah lama xupdate blog ni..yelah baru habis cuti ni CNY. just back from my hometown. nak cerita pasal cuti seminggu ni..totally agak best jugak..menghabiskan masa bersama orang tersayang opssss...orang tersayang tu my parents la..ekekek=p ape2 pun memang banyak spent time kat rumah jer..jadi trully anak dara ahakz..

    masa cuti adela gi picnic ngan family..wahhhh memang best! dah lama xgi picnic..kali ni punya picnic gi dengan hero2..means abang2ku tersayang. kakak xjoin coz tyme tu ada kat kl rumah parents in law die sebab adik hubby die bertunang. gambar2 masa g picnic tu ada..tapi kat dalam kamera abang..xsempat nak transfer dalam lappy nie..my bro asyik lupa je nak bawak kamera tu balik..huhhh..insyaAllah nanti da dapat semua pictures tu i upload yer ;)...

    then, ape lagi erk?? haaa..tyme cuti tu sempat la drive kereta 2kali. tapi ada orang la yang duduk kat seat sebelah. abang2 la yang duduk sebelah monitor..kalau sorang2 xberani..baru tu dapat drive kereta..sebelum ni xsempat coz dapat je lesen sem baru dah mula..xsempat nak pegang kereta pun. pengalaman 1st time drive kereta "abah" hehe..best. rasa macam nak drive lagi gi tempat jauh2 lak..huhu.

    lagi..xkemana2 pun duduk rumah jer tengok tv then tv tengok aku makan n tido hehe..tapi badan xbesar2 pun..;(..huhh nak dekat kol1pm dah..kelas lak kol2pm..arghhhh malasnya nak gi kelas..masih dalam mood cuti ;)

    Monday, February 8, 2010

    memetik dari kata seseorang dlm FB..pinjam erk untuk di share bersama..

    biar rupa macam budak,
    janji otak bijak..

    biar macam kanak-kanak,
    janji akal tak benak...

    biar macam setahun jagung,
    janji bukan di bawah tempurung..

    biar macam setahun jagung,
    janji tidak bingung..

    biar badan kecil,
    janji hati sekeras kerikil,

    biar nampak serupa hingusan,
    janji tidak ketinggalan..

    biar nampak fizikal lemah,
    janji mental perkasa dan gagah..

    biar nampak macam penat,
    janji hati nekad..

    biar nampak macam budak pada pandang,
    janji fikiran matang..

    biar fizikal halus,
    janji hati tulus..

    biar nampak macam bayi,
    janji hidup disayangi.....

    p/s : ya..aku suka baca kata2 seperti kat atas ni..mungkin sebab aku bertubuh kecil..jadi jangan pandng sebelah mata ea.....




    hate someone..;(

    arini mood aku xbaik la kawan2..aku rasa sangat sakit hati kepada seseorang. rasa macam nak nangis je..masalah dia ada kaitan dengan aku ke?? apahal nak babitkan aku lak sampai xnak tego aku..ni la die masalah dia..masalah peribadi punya pasal sampai tempiasnya kena kat aku sekali..aku paling PANTANG kalau masalah peribadi melibatkan orang sekeliling..buat muka bad mood, bisu, xbertegur n macam2 la..ingat aku ni apa?? musuh dia ke?? xpasal2 aku yang jadi mangsa..ingat aku suka ke dengan perangai ko macam ni..

    astaghfirullahal'azim..aku xsuka dengan situasi begini..harap pulih segera. cuma aku nak pesan kat dia please fikir dalam2..apa faedahnya ko buat macam ni..aku dah naik sakit hati dengan sikap ko ni..matangla sikit. aku pun xnak mengaibkan siapa2 tapi kalau dah macam tu siapa yang tahan..aku tahu semua manusia xsempurna tapi kita kan ada akal yang boleh fikir mana baik dan mana buruk..so renung2kanlah. xpe, aku redha..aku terima je apa yang ko buat kat aku..aku xnak bersuara sebab aku xnak keruhkan lagi keadaan..birlah blog ini yang faham perasaanku..;(

    Sunday, February 7, 2010

    monink everyone..

    mulakan hari anda dengan senyuman =) haa kan manis gitu..ekekek=p. arini pagi xda wat ape2..baru je selesai cuci baju yang sebakul tingginya..huhhh..kat rumah sewa ni xda washin' machine & bibik nak cuci baju aku..aha. so semuanya kena buat sendiri..dah biasa dah semua buat sendiri dari mengemas rumah, cuci baju, lipat baju, iron baju, memasak dan dll..he88. pagi ni aku mandi awal..selalunya time cuti or weekend mandi lambat. but arini semuanya aku lakukan awal..mandi sebelum pukul7 pagi..solat subuh then mengaji :)..makin' breakfast (teh susu panas + snek kekacang)..online facebook, baca paper online, melayan blog sekejap. sharp pukul8 pagi memulakan aktiviti cuci mencuci baju..kol9 pagi sidai baju2an di ampaian..itu je lah aku buat pagi ini..

    uhmm..nanti petang ada penutup kejora. agak2 lepas zohor keluar rumah gi kampus coz nak ambil baju untuk perbarisan petang dalam pukul4 petang. aktiviti malam pulak mungkin duduk rumah je coz nak fokus untuk GENDER TEST sok petang..belum prepare apa2 lagi ni..still not in mood nak study gender..insyALLAH malam ni kena all out study gender. for my friends..goodluck for our test tomorrow.semoga kalian berjaya..wish me luck k..daa
    a..

    study jgn xstudy..

    Saturday, February 6, 2010

    jikalau malam tiba..

    Jikalau malam tiba aku sengsara penyakit yang ku hidapi belum pulih2 lagi..
    Jikalau malam tiba aku dalam kesusahan kerana penyakit datang menyerang tanpa belas kasihan..
    Jikalau malam tiba aku meratap apakah semua ini yang memgganggu malamku??
    Jikalau malam tiba bising suara ku selalu kedengaran dek penyakit yang aku alami..

    Ya Allah Ya Tuhanku
    Engkau pulihkan aku dari penyakit ini
    Sesungguhnya aku tidak mampu lagi menanggung ia terlalu lama
    Cukuplah dah sebulan jangan Engkau panjang2kan lagi penyakit ini..

    p/s :

    1. Ya dah sebulan aku mengalami batuk2..paling ketara bila tiba nya waktu malam. Kalau siang hari tiada sangat.
    2. Malamku asyik terganggu dek batuk2 jahat ni..sehinggakan waktu tidurku juga terganggu.
    3. Bagaimanakah caranya untuk aku pulih semula?
    4. Sememangnya aku sudah tahu, sekiranya aku mengalami batuk2 memang memakan masa yang lama untuk pulih seperti sediakala. Dan sebab itu, aku harap sangat supaya aku tidak demam dan tidak dijangkiti oleh demam2 orang lain kerana kesannya yang teruk pada aku bukan pada mereka. Mereka sudah pulih tapi aku?? batuk masih bermaharajalela..
    5. Memang seksa rasanya diri ini, rasa macam nak robek n keluarkan je anak tekak ni cuci dengan air bio aura..hihi.
    6. Tolonglah aku..;(

    Friday, February 5, 2010

    uhmm gembira semula..:)

    alhamdulillah..kenyang jugak akhirnya..sedap nasi goreng mimah 3x tambah ni akibat balas dendam xdapat makan tomyam..ahaha..makan nasi goreng lagi sedap nyum3x..kenyang2x..suka hati senag hati siap boleh nyanyi lagi nehh...lalallalalallalalala....ekekek=p..

    uhmm sedey..;(

    td ptg gi pekan beli barang2 keperluan..pergi dengan 6orang kawan. ada yang gi shopping barang2 n ada yang gi makan2..aku time tu gi teman sha die potong n basuh rambut kat salon..masa tengah menunggu aku baca lah magazine keluarga yang ada kat salon tu..hilangkan rasa boring. time tu perut lapar nak makan. so aku suruh mimah call anis kirim tomyam campur bungkus..bila semua urusan kat pekan dah settle kami balik..

    sampai rumah sharp dah maghrib, aku mandi n solat..then excited nak makan tomyam tu. aku dah ambil mangkuk dah nak bubuh tomyam tu..sekali aku pandang meja makan tinggal plastik tomyam je..aik..mana tomyam nya?? then aku n mimah dah pelik..mana tomyam kiteorang?? lepas tu aku tanya kak has..kak has kata haah kak has beli tomyam..pulak tadi dia xda order pon tomyam dia just order nasi ape tah..isk3..time tu aku rasa sangat kecewa...sob3x. kempunan aku nak makan tomyam tu..kak has kata tomyam tu ada kat dalam peti ais kalau nak ambil la sebab masih panas lagi..

    tapi aku terus diam tunduk terus berjalan patah balik semula dalam bilik..sedih nya aku time tu..;(. huwaaaaaaa...aku majuk!! then terus aku tulis dalam blog ni..hmm.. dah xda rezaki kan..xpela..sob3x..

    walaupun korang rasa cerita ni agak kelakar..tapi aku rasa sedih sangat bayangkan bila sesuatu benda tu memang dah hak kita mestilah excited tapi tiba2 xjadi..isk88

    keep waitin' II

    Hurmmm..still not come..haih, how about today? tunggu jela..still xsampai jugak aku kena call that girl tanya dah post ke belum? hurmm..janganla lambat sangat nanti cuti Chinese New Year seminggu balik kampung..so xda sape nak tunggu kat rumah sewa..aiyaaa tim kai ya??

    Wednesday, February 3, 2010

    suke2..

    Ini adalah gambar pertama yang aku berjaya hasilkan guna photoshop..mengambil masa yang lama juga nak wat sebab xpandai lagi nak guna software ni..eksperimen pertama inilah hasilnya..

    blue sky wif blurring effect

    macam mana..ok tak?? hehe

    Tuesday, February 2, 2010

    keep waitin'......=)

    ASSALAMUALAIKUM W.B.T

    Keep waitin'?? tunggu apa la tu yer..tunggu boyfriend ker?? hik88..actually aku sedang menunggu sesuatu yang akan menjadi sebahagian daripada barang kesayangan aku..tapi still belum sampai2 lagi..ermm xjumpa alamat my house ke? sesat ke? hurmm..macam2 yang aku fikirkan (dah macam risau kat pakwe lak banyak sangat kemusykilan =p).

    almost 2weeks menunggu ni..haih..bila la nak sampai barang tu? i can't wait anymore..;-( hari2 aku menunggu posmen lalu depan rumah..selalu kalau balik dari kelas pasti aku akan melihat dihalaman rumah kot2 ada bungkusan yang dikirim buat aku. tapi nampaknya setakat ini masih tiada lagi..huk3. nampak macam penting jer barang tu..(betol ke?)..haah memang penting pun..sebab aku dah bayar barang tu melalui "bank in" kat maybank 2weeks ago dengan harga rm35..hehe. rugi la aku kalau barang tu xdapat.

    haishhhh..ibarat menunggu bulan jatuh ke riba pulak ..ekekek=p. hopefully barang tu sampai ke destinasinya (Taman U9) dengan selamat..Ameen Ya Rabbal Alamin..
    nak tau ke apa barang tu?? ok2..ni aku sertakan sekali gambarnya ;-)

    p/s :

    1. di atas inilah barangnya.."Speedshutter Crew T-shirt" for photographer2 di luar sana..
    2. aku memang berkenan sangat dengan crew tshirt ni coz design nya yang cantik & smart.
    3. ada DSLR pic..nice!
    4. so aku order 1..macam mana?? smart x crew tshirt ni?? ;)

    DIA selalu begitu...

    DIA selalu begitu..ya dia memang selalu begitu. entri ini sekadar meluahkan isi hati yang telah lama parah kerana nya. bukan aku sahaja tetapi ramai orang terdekat terguris dek sikapnya yang selalu dingin..tidakkah selama ini dia berfikir akan sikapnya itu menyebabkan orang sekelilingnya makan hati?? terlalu banyak..ya..terlalu banyak kali dan tidak terkira. mengapakah dia begini??bila dia akan berubah?? aku amat kasihankan insan yang paling aku sayang didunia (insan mulia) ini dek kesedihan yang sering menimpa nya dari dulu hingga kini kerana DIA..

    DIA juga merupakan insan penting dalam hidupku..tiada dia tiadalah aku. cuma aku berharap agar dia akan sedar akan sikapnya itu, tidak lagi seperti sekarang. aku dan insan mulia sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya namun masih belum dikabulkan oleh Yang Maha Esa.



    *maaf..aku tidak dapat menghabiskan entri ini..hmmm*


    Monday, February 1, 2010

    dihimpit, terhimpit dan tersepit..

    *pengalaman yang tidak dapat dilupakan*


    ceritanya bermula begini..
    last night housemates semua keluar nak gi jalan2 di open dae kz..
    cadangnya aku dan rumate xmahu ikut sebab kami da pergi malam sebelumnya
    lagi pula last night hujan dan aku malas keluar dalam keadaan jalan yang becak..memang aku dan mimah dah nekad xnak pergi malam tu..tapi ada je halangan yang datang membantutkan pendirian kami..

    shaida @ lebih mesra dengan panggilan sha telah masuk ke bilik kami sambil membawa 2batang paku..apakahh?? kami terdiam dan berfikir sejenak apakah tujuan sha sebenarnya..dengan nada yang slow dan gelisah sha memulakan bicaranya dengan memegang paku di tangan kiri dan kanan..hohhh..sha telah membuka cerita seram pada kami dengan berkisahkan 2batang paku tersebut..aku dan mimah memandang sesama sendiri
    *grrrrrrrrrr*

    namun kami tetap tegar dengan pendirian kami "xnak pergi" walaupun sebenarnya dalam hati rasa takut (kami buat2 berani) ekekek=p..then datangla pulak orang ke-2, farhana @ lebih mesra dengan panggilan ann..dia telah memujuk kami supaya pergi open dae. arghhhhh...xtau la ilmu ape dia guna sampaikan aku cair dengan pujuk rayu nya..hahha..ann ko nak tau x?ko ni memangla.....hahaha..time tu sha ngan zati dah pergi dulu tunggu bas depan kampus. ann pergi bersama2 aku dan mimah. sebelum tu kami siap2 makan dan solat isya' dulu. dalam pukul9 kami gerak dari rumah.

    masa sampai kat depan kampus..kami ternampak sha dan zati yang sedang menunggu bas..aik..bas xde ke?? time tu bas memang xde..nasib baikla kami da settle semua kerja makan n solat..baru la senang hati nak pergi jalan2...=)
    orang sangat ramai time tunggu bas..masa tu dahla ramai orang yang berebut2 naik bas takut nanti xdapat naik..bas pulak xde.kami pun berhimpit2 nak naik. mimah plak dah membebel2 takut t xsempat naik..haha lawakla mimah ni..cool ajela..huhu.
    finally dapat jugak naik walaupun masa 2 dalam bas penuh dengan manusia2 yang mahu pergi ke last day open dae kz..

    yang lucunya, aku dan ann xdapat kerusi duduk..kami duduk di deskboard bus. sudahla kami yang paling depan betol2 pulak tu badan belakang kami melekat kat cermin depan..kami duduk terbalik mengadap penumpang2..haha lawak2. macam2 bau ada time tu..kat depan aku ade 4orang lelaki yang berdiri di tangga bus gayanya baru lepas bermain game badminton rasanya. fuh..fuh..fuh..aku dan ann rasa macam nak pengsan terbau bauan ketiak hangit dorang..arghhhhh..luas pulak tu bukak aircond nya..kembang kempis idung aku ngan ann. tapi tidakla aku cakap ngan ann..kami berkomunikasi dengan menaip mesej pada hp masing2 untuk menunjukkan rasa kurang selesanya.."yerkkkkkkk mashammm mcm ikan masin"..

    masa dah sampai di foyer kab..pintu bas stuck xboleh bukak..arghhhh masalah2. kami terkurung dalam bas hampir 10minit..huhh. jejaka2 didepan aku tadi kerah tenaga menolak pintu tapi tidak berjaya..Ya Allah..degil jugak pintu ni xbole bukak lagi. penumpang2 semua dah cuak..xboleh keluar. finally driver bus kata (keluar ikut pintu driver) hahah...masing2x xsabar nak kuar time tu..sorang2 keluar ikut pintu driver.heheh lawak2.

    p/s :
    1. jadi pengajarannya kat sini..kepada pemandu2 bus pastikan kenderaan anda tidak mengalami masalah seperti ini
    ..kesian kami terkurung..

    2. sediakanlah bus yang secukupnya supaya kami x terhimpit, dihimpit dan tersepit hehe..

    3. kepada mereka yang mempunyai aircond buatan sendiri sila lah cover2 siket..kesian pada penumpang2 lain yang berada di sekeliling anda terpaksa menahan nafas. boleh sesak nafas dibuatnya.

    akhir sekali
    *senyum*








    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...