Mereka yang BEST

Saturday, February 6, 2010

jikalau malam tiba..

Jikalau malam tiba aku sengsara penyakit yang ku hidapi belum pulih2 lagi..
Jikalau malam tiba aku dalam kesusahan kerana penyakit datang menyerang tanpa belas kasihan..
Jikalau malam tiba aku meratap apakah semua ini yang memgganggu malamku??
Jikalau malam tiba bising suara ku selalu kedengaran dek penyakit yang aku alami..

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau pulihkan aku dari penyakit ini
Sesungguhnya aku tidak mampu lagi menanggung ia terlalu lama
Cukuplah dah sebulan jangan Engkau panjang2kan lagi penyakit ini..

p/s :

1. Ya dah sebulan aku mengalami batuk2..paling ketara bila tiba nya waktu malam. Kalau siang hari tiada sangat.
2. Malamku asyik terganggu dek batuk2 jahat ni..sehinggakan waktu tidurku juga terganggu.
3. Bagaimanakah caranya untuk aku pulih semula?
4. Sememangnya aku sudah tahu, sekiranya aku mengalami batuk2 memang memakan masa yang lama untuk pulih seperti sediakala. Dan sebab itu, aku harap sangat supaya aku tidak demam dan tidak dijangkiti oleh demam2 orang lain kerana kesannya yang teruk pada aku bukan pada mereka. Mereka sudah pulih tapi aku?? batuk masih bermaharajalela..
5. Memang seksa rasanya diri ini, rasa macam nak robek n keluarkan je anak tekak ni cuci dengan air bio aura..hihi.
6. Tolonglah aku..;(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...