Mereka yang BEST

Saturday, August 14, 2010

i miss her so badly =(

huh!!!
entri kali macam emosional sedikit..tetiba teringat kat arwah akak yang dah 3tahun pergi. Terasa sayu sangat sebab masa terawih semalam terus terkenangkan arwah..bergenang air mata tengah solat terawih pulak tu. Terbayangkan wajah arwah kemudian rasa macam tidak percaya yang beliau telah pergi buat selama-lamanya. Rasa macam beliau masih ada lagi di sisi kami sekeluarga. Oh Ya Allah Ya Tuhanku..aku terlalu merinduinya..sampaikan salam ku padanya..Engkau tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang soleh dan solehah.

Aku sangat sayang dia (sayu). Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni aku selalu terkenangkan dia. Bagaimanalah raya tahun ni..tahun ke-3 tanpa dia. Tapi sudah tentu anak-anak yang beliau amanahkan lagi sedih. Lagi pula, bulan OGOS bulan tragis [8/8/2010].

Pada tarikh 8/8/2010, aku berada dirumah abangku di Bukit Beruntung. Anak pertama arwah kakakku tinggal dan bersekolah di sana. Jadi aku, ayah dan mak selalu pergi ke sana 2minggu sekali sudah pasti. Kasihan adik-beradik ni terpaksa dipisahkan yang Nabil tinggal bersama mak ayahku, Naqib pula tinggal dengan opah dan Nurul pula tinggal dengan abangku. Percayalah wahai anak UMI sekalian, semua ini untuk kebaikan kamu bertiga.

Masa kat rumah abang, aku, abang(alang), mak, nurul, nabil dan ira(anak abang) keluar ke Rawang untuk membeli barang. Masa dalam perjalanan si Nurul ni nampak Tanah Perkuburan di tepi jalan, terus dia nangis sebab teringatkan arwah UMI pastu dia memang ingat yang tarikh haritu 8/8/2010. Nak UMI!Nak UMI! memang sebak dalam kereta. Mak aku tenangkan Nurul nanti balik kampung kita pergi kubur UMI..

*STOP TAIP(tisu-tisu air mataku bergenang lagi)*

Isk..Isk..xmampu nak tulis lagi............................
...................................................................................
...................................................................................


1 comment:

TeRiNdaH DaRiku.. said...

sabar la kidd, sedih juga ak..tp sume yg berlaku ad hikmahnye..kuatkan semangat, kita yg hidup pun ak ke sana jua....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...