Mereka yang BEST

Tuesday, November 30, 2010

Ehhhh!! kenapa dia macam tu?


meja bersepah..


Hi, assalamualaikum dan pagi!! bangun2 study :p
Hokeh, tajuk kat atas tu macam hape je kan, ekceli takde pape pun saja ngada2. hehe. Sudah bersedia jika anda ingin rasa macam nak lempang aku ^_^..

Saja nak hapdate blog pagi2 yang hening ni dengan bertemankan bunyi kipas yang sedang berputar laju. Sejuknya..sejuknya..meh kasi hug kat aku sikit boleh? boleh? apa...apa..tak boleh! hokeh sampi sini je entri ni..babai!



huahuahua..

Pagi ni aku bercinta dengan nota2 social science research dowh.. (tapi sempat lagi nak hupdate blog :p)Perghh, tak caya aku study pagi2 ni dowh. Whoahhh ayat kasaq noh..kuajaqqqq!! 
*terus bagi lempang sebijik dua*

INSAF

"pengaruh story klcc vs midvalley"



Esok pagi pukul 9 aku ada exam social science researh..last paper for this semester hoiyehhh!! exam tu fully english hokeh. Lalalaaa. Agak mencabar di situ ye.
*nangis*

Teman2..doakan aku berjaya menjawab dengan lancar esok ya.
Kalau dapat A dalam paper ni aku kasi korang...kasi..kasi...errr...kasi flying kiss je dari jauh ok?? ke nak flying kick?? heheh..kejam! sungguh kejam! Tidaklah, aku sayang korang tau sambil peluk laptop ketat2 dan kiss2 blog ni..pastu adjust mulut ni nak kiss tepat2 kat bahagian follower. Terharu tak? terharu tak?




^_^



Hokeh..jom sambung study jom..
Kata nak A pastu nak kiss2 eekekek..
*
*
*
*
*
**
*

Sekian..

Sunday, November 28, 2010

Aku sudah TERMALU..boleh tak aku nak menyorok kat Uganda 7 hari 7 malam...makkk!! nak menyorok bawah ketiak mak lah..


Mula2 aku kena pose macam kat atas ni..bukan tutup muka sebab ada jerawat batu ke hape ke, walaupun adela beberapa ketul jerawat gatal..lumrah wanita/perempuan/gadis/budak pompuan...nampak anggun hape ahaha..sila muntah ^_^. Aku nak meluahkan perasaanku ni kat blog..sebab blog ni xboleh gelakkan aku..opcoz la kan. Lepas tu aku tak nampak readers bila baca entrie ni gelak2 kan aku..sekalipun gelak mereka macam pontianak ataupun langsuir, aku tetap tak nampak kan. Jadi aku menjadi kurang malu di situ hokeh.


Camne aku nak cerita ni..belum cerita lagi aku dah gelak dulu..hahaha. Adeh sakit pewoott!! 

T__________T


Tolonglah kawan2 gelak dalam hati je..tahan je gelak tu macam orang tahan nak ber*k sebab beriberi ehehe. SUMPAH kelakar!!

Pagi tadi aku ada date dengan MR.♥ (sambil buat muka bahagia macam nak kena lempang) :D
Lepas tu aku ni kalut nak jumpa katne and naik apa..sebab encik aku hanya pakai kenderaan tayar dua je. Hoho. Aku pulak dah penah cakap takmo naik sesama dengan dia. Kalau naik kenderaan tayar empat aku nak..haha..kejam..sungguh kejam kan. Lama aku dok pikio guano neh?? naik prebet sapu pegi town..town lah sangat ahaha :p dah kena charge RM5..kalau pergi balik dah RM10. Pastu kena gi sorang2..takmolah..takot!! kalau kena bawak lari ke kidnapp ke camne? eeeiii...seram2. Macam2 kes jadi sekarang ni. Cegah sebelum rawat. Lagipun kan aku dah cakap tadi taknak naik berdua....tapi.........tapi....


Syaitooonnnnnnnn banyak sangat, kuang ajo ko!!
Then aku mintak izin dulu kat housemates boley tak aku nak naik sekali dengan dia?skema nye kan..aku kan budak baik* sambil buat muka nerd macam cipan. 1st time kot macam ni. Pastu aku mesej dia bagitahu hasratku yang terpaksa ni macam ni :

me :  boleh tak nak naik sekali dengan *
(panggilan dirahsiakan :p )

him : eh nak ke?
(aku tanya dia..dia tanya aku balik..baguslah ini budak, kalo macam ni la student yang bakal aku ajar nanti alamatnya luse lah baru dapat jawapan 
*Nangis lajulaju*

me : err...boleh la

him : oke, nanti * datang jemput. 

Yelaa ..mungkin dia terkejut sebab sebelum ni memang aku taknak. Tak pernah hokeh. Sedih sebab aku tak berjaya pertahankan prinsip aku tu. 

T_T


Sementara aku tunggu dia aku sembang2 dengan ann..lepastuuuuuuuu...bunyi moto singgah depan rumah. Pada masa yang sama bunyi henset aku mesej masuk. Perghh..muka excited yang tak boleh blah terus capai helmet kepunyaan ann dan  meluru ke pintu. Mesej tadi aku tak baca pon. Sebab firasat aku ni mesti dia ni bagitau dah ada depan rumah. Dengan muka yang agak gelojoh+gemuruh+nebes dan macam2 lagi la...1st time kot naik moto. aku cakap babai ann..

Sekali dah dekat depan pintu tetiba aku nampak housemate aku sorang lagi ni *UNA* dia pun keluar jugak. Sambil bawak bekal makanan + air milo kat tangan dia. Hohooo. Aku dah mula blurrr hokeh. Aku pandang lagi sekali pemilik moto yang singgah depan rumah tadi. Terkejut beruk mak *sambil bercakap dalam hati..ehhh masa bila plak pakwe aku gemuk + badan berisi ni*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Huahuahuahuahuahuahuahuaaaaaa....
AKU SILAP ORANG LAHH!!! pakwe una lah..
Terus lari masuk rumah mendapatkan ann..annnnnnnn...bukanlahhhhh. Malu bai. 
Ya Allah (merah padam muka)
Ann dah gelak2 kan aku dah..hokeh, dia pun pelik hahaha haishhhhhhhhh. Naseb la aku tak terus pergi kat moto tu pastu duduk belakang..mau aku kena belasah dengan una hihihi..adehh. 

Aku ni dahla rabun orangnya..tak reti2 nak wat spek. Tengok kan dah termalu. mak...mak..nak menyorok kat bawah ketiak mak..wuwuwuwu

sekarang housemates semua dah tahu citer kelako tahap kambing biribiri ni...adehh malu noks!semua gelakkan aku wawawawa

Huh!!
(muka pasroh pasrah)




Part best aku perasan sesuatu yang baru kat dia ni...sudah pakai spek..speky boy lah nampaknya. Auwwwwww...I likeeeee!! (gedikz macam nak bagi penampo je). Semoga tak keliru dan tersalah awek lah hendaknya. Ameen Ya Rabb. Bukan macam awek dia sampai boleh tersalah boyfrend ^_^..tak sengajalah..faham tak? faham tak? Tak boleh transfer gambar tadi lah kat laptop..ape ke heiii nyerrr??


Saturday, November 27, 2010

Maap laa..baru nak cerita sekarang..hikhik..:)

Hallop2 halolipop Malaysia..huhu teman baru nak hupdate pasal raya haji baru2 ni..baru selongkar gambar2 raya dari peti sejuk  besi baru aku ni..*external*. Raya AidilAdha aku bersama family disambut sederhana je, lagipun sekarang rumah sedang dalam proses pembinaan..adalah dalam 17 tingkat bersamaan tade tingkat ngehngeh. so susah sikit nak prepare lebih2 raya tu.

Sambutan raya simple je..Pagi2 bangun mandi sunat hari raya *Wajib hokeh*
Kena la bangun awal sebab taknak berebut bilik ayo dengan adikbradik lain dan anak buah yang empatbelas tu. Hahaha. Kalau tidak subuh raya kedua baru dapat mandi sunat raya..pastu niat pun dah jadi lain
 *sahaja aku mandi sunat hari raya haji pada hari raya kedua* 
hahahaha...ada ka???

Lempang nak?





^_^

Lepas sume family dah siap2 berbaju raya..kami bergerak ke kubur untuk menziarahi pusara kakak aku..
huhh!! sedih gila time ni..masa baca yassin bergenang airmata. Tahan2 je supaya tak jatuh. Really miss u dear.


Nangis lajulaju

T____________T

Balik dari kubur terus balik rumah, tak pergi beraya mana2 pun. Sebab agenda pagi tu nak buat BBQ..hoho bestnye. Pengarah programnya akula..aku yang rancang buat BBQ ni..ehehe. Pastu aku paksa ugut mensyaratkan  bodek abang n kakakku sponsor apa2 yang patut. ahaha. Kejam..kejam..kakak sponsor hotdog..kalau budak2 kecik baca mesti depa ingat anjing panas kan..huhu~ abang plak sponsor kerang 5kg. Mak sponsor ayam 2 ekor. Pastu aku sponsor apa??? Aku sponsor tenaga je..kipas2..:p Aku belajar lagi takpe..tade duit nak beli lembu..kihkih...ok hape sumbangan aku tu dah wangi2 pastu kena sauna dengan asap arang plak..berat kot tugas aku yang setengah jam tu jek..hehehe..



Gambo2 raya yang siket je hokeh..
*
*
*
*
*
*
*


Al-Fatihah


Anak2 arwah akak..kembar yg sorang lagi tu tade 
sbb beraya dengan opah dia



Mak  aku yang comel, yg baju hijau tengah duduk tu abang kandung
lagi sorang tu abang ipaq


otw nak balik dah..babaiiii


mula2 bbq kerang dulu..sedaplah..jangan masak lama2 sangat nanti hangit dah susah nak kopek kulitnya


hahh..peberet..ayam!! 
pastu dimakan bersama blackpeppersauce..yummy
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bila dah penat masak2, makan2, makan lagi dan makan makan lagi..

terus pengsan


kroihh..kroihh..


hehehe...curi2 tangkap gambo nih ..depa tatau..


sekian :)

entrie paling banyak gambo (perihal si kembar)

Tetiba rindu kat diorang ni..so nak tarok gambo banyak2 

sapelah diorang ni kan?

jeng3x
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
mereka ni lah anak2 aku hokeh..tapi anak-anak buah la..(3 beradik)

kalau anak aku...aku kawin masa darjah 6baru dapat anak2 macam ni hahaha

anak buah aku ramai, semua sekali ada 14 orang(7 laki2 7 pompuan) wahh dah cantik tu punya nombor. leh wat 2 team bola sepak..then akan bertambah sorang lagi coming soon..

whoahhh...bertambah2 lagi ahli keluarga..

kalau semua sekali berkumpul huh macam tongkang pecah rumah mak abah..riuh macam ada kenduri-kendara atau parti..3 hari 3 malam tak tidur.

sekarang upload gambar ini je dulu..kalau nak masuk gambar anak buah yang empatbelas tu alamatnya lusa lah baru aku tidur
*TOINK..TOINK..*



menara klcc ke kl tower?




time kecik2 dulu



spiderman, sailormoon, batman


tak silap aku gambo ni aku amek time suboh2 gajah..nampak eyebag
*BUKTI* 



Hokehh..well done sayang..aku yang paksa dorang posing macam ni :p


oppssss...terpaksa tutup gigi..sebab gigi rongak hikhikhik
tang muka dah ensem tang gigi lak ada masalah ^_^


wuwuwuwuw..



hokeh! saya sangat pemalu orangnya


main2 kat taman konkrit..
papan gelongsor konkrit..xbest betol..


ini yang sulong



^_^



(*_<)


iklan gigi




pemain bola sepak kelab MU


ehh..awat jari hang merah? pakai inai ka?



adik lagi besar dari abang


cutenye berbaju melayu..

geram kot tengok budak2 ni..rasa macam nak picitpicit je...

Friday, November 26, 2010

3 budak senget merapu meraban + tade koje masa study ..


Teman study aku yang gilos2..bukan gila yer..(watch ur mouth) :p

keja part time kami ketika study..

 nak tau tak? nak tau tak?!

jeng..jeng..jeng..
*
*
*
*
*
*
*
*
*

paling disukai adalah merayau-rayau di blog orang 

^_^

mangsa blogger mak orang..best woo blog beliau
kami dok berjoyah + bergosip 

kelako2 entri beliau..gelak guling2 sampai 7 keturunan baru stop gelak..hahaha

gelak berdekah-dekah macam nak MATI dibuatnya

Adehhh..

best blog MAK..baca sini http://kasihaleeya.blogspot.com/

untuk pemilik blogger tersebut..kawan2 saya yang 2orang tu memang fans blog anda..

^_^


Pastu posing maut depan webcame macam orang takde hala tuju

dengan aksi2 yang membuatkan orang meluat..nyampah mak!!

aku tengok gambar2 tu semua adalah rasa macam nak bagi pelempang lajulaju sebijik dua..

mau ka?

kehkehkeh..






Gambar gadis2 senget 






alim2 je sumenyer..:p
*padahal ada apek tuan rumah sewa tengah repair paip bilik ayo..kena supan2 jaga tatasusila

cewwahh..nak muntahhh..tau tak!



paling kiri tu namanya Ustajah Halia Kentang..
Tengah2 tu pulak Cikgu Mima Muar..sebab dia orang Muar
Yang lagi sorang tu..aku xkenal..:p

Sekian saja segmen merapu meraban hari ini..

boring weh takde exam 

ahahaha :p

Wednesday, November 24, 2010

Masalah Beriberi dikala exam...hamek ko!!

Adehh!
ni yang aku tak suka ni..
arini 2nd paper dah diuji dengan masalah beriberi..

menatang pe beriberi tu??
blackberry ke?

beriberi tu CIRIT BIRIT hokeh..

berkerut-kerut muka aku jawab exam pagi tadi..haishh..
*
*
*
*
T_T




Pagi2 bangun tidur ok lagi..bila dah pakai baju kurung nak gi exam kul9 pagi, mula lah perut wat hal..demmm!!
aku nak gi exam laaaa oii..jangan ar kaco aku time kritikal ni.

Sebelum gi exam 2x kot..
On the way gi exam sakit perut lagi..cepat2 jalan gi singgah toilet before masuk dewan,
hohh dugaan betol laaa..

mencikkk!! mencikkk!!


masa duduk kat seat aku dalam hall..aku doa gila2 punya supaya aku tak tercirit time jawab exam...yuckkkss!
bunyi agak meloyakan yer..ahahhahaaaa
nak wat camne...terdesak kot..

Bila dah start menjawab..baca soalan betul2, wat draf...siap je draf aku pun terus tulis skrip jawapan lajulaju..
gilar ahhh...sampai kebas kot tangan aku..
aku kena tulis lajulaju sebab aku takut tetiba nanti sakit perut..mampuihh aku..
malu ah nak kuar dewan 

tau2 jela time kena beriberi ni muka anda akan terus berubah menjadi hodoh kedut seribu ahahhahaa
malu..malu..

sejam pertama perut aku masih normal..
bila dah masuk jam seterusnya

OH MY GOD

grrrrrrrrrr...

Aku tahan dan terus bertahan..sambil aku goyangkan badan, adjust tempat duduk..sekejap ke depan sekejap ke belakang..
kawan aku yang dok belakang aku pun perasan..:p

Aku berjuang untuk siapkan ayat baris demi baris sampai noktah terakhir chewwah..


Then setengah jam terakhir all candidates dah xbole nak kuar dewan..

aku dah siap menjawab setengah jam awal..
terus aku duduk diam2
pandang kiri kanan depan..
(sambil pegang perut yang memulas-mulas)

T__________T


Setengah jam kot aku tercongok tunggu bila depa nak kutip kertas jawapan ni..
aku dah tahan nak pergi marathon ni..

hahaha


Kang tercir*t kat situ sape gak malu..aku jugak!
jatuh reputasi aku..kihkihkih

:D



bila da tamat masa menjawab..
kena stay lagi kat situ sampai penolong pengawas kutip kertas jawapan..
aku pusing belakang 
bisik-bisik(bukan kat telinga la..tak sampai)
cakap slow2..wehh aku sakit perut...nak gi tandas
(sambil muka berkerut2)

Lepas siap sume kertas jawapan dikutip..aku terus bangun berlari-lari anak menuju destinasi yang aku tak sabar2 nak pergi tadi..
bercinta terus aku dengan jam*an hari ni..

hari ni je 8x..dasat..dasat..

aku dah penat!





p/s :

1.thanks pada kwn study ku (mima + ann) yang teman + tunggu aku kat toilet malim sebelum exam...lepas tu tunggu lagi sekali masa dah habis exam ^_^.

2. kita orang last kuar gi exam pagi tadi..kome tunggu aku..sorrrryyyyyyyyy haihh sian kome

3. pastu thanks lagi sebab belikan pil "cit kit teck aun"

4. Moga2 result kita gempak utuk sem ni ea..

5. mari ramai2 boikot kedai makan kat depan kampus tu..hampeh! tak nak beli lauk kat situ dah..majuk!majuk!




Nape dengan pale hotak aku ni lambat pick up satu ayat ni..haishhhh

Disebabkan banyak sangat benda yang kena ingat, faham dan hafal..aku selalu sangat lupa menatang ni walaupun dah ulang 100x..

haishhh
sambil ketuk pale sendiri lajulaju

T___T


Kena hafal akta-akta yang adela 3 4 akta..
bila ingat yang depan lupa yang belakang pulak..bila ingat belakang yang depan pulak lupa

adeh!

Untuk exam esok aku kena ingat banyak perkara pasal felda, felcra, kejora, dara(bukan anak dara ye), kesedar....huh!

setiap term kena ingat T_T

Sekarang nak hafal betul2x ni ayat ni..susah bebenau aku nak ingatnyer...

*
*
*
*
*

Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan 1966

ok!

fokus!


Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan 1966

ulang*

Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan 1966

ulang lagi*


Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan 1966

dan lagi*

Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan 1966
(mata dah kuyu)
*
*
*
**
*
*
**
*
Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan...........................

kroihhh...kroihhh..kroihhhh

zzzzzzzzzzzzzzz....




pangggggggggggg!!
terasa macam kena lempang..


^_^








Tuesday, November 23, 2010

kenapa ketiak bau bacin?? (tak tau nak letak tajuk pe)

Hahaha...tajuk xboley blahh!! lempang lajulaju kang. tajuk sesuai ape yer??

ermmmm, gembira 1st paper dah baling jauhjauh..

ok x??


Hohoho..lamanya tak blogging..rinduuuuu ^_______^ hikhik

Yeahh!! hari ni gembira sebab dah lepas satu paper yang menggerunkan. Sebab apa gerun? sebab lecturer nyer pun seorang yang menggerunkan..

jeng..jeng..jeng



^_^



Tinggal 3 paper lagi untuk menconteng-conteng + lukis2 + berpuisi  (kalau takde idea la)

Tade masa nak conteng2 ye..nanti result pun comot2. T__T 
takmo..takmo..



Jadual exam yang masih tinggal

PERLEMBAGAAN MALAYSIA  23/11/2010

PEMBANGUNAN WILAYAH     24/11/2010

GEOGRAFI MALAYSIA              26/11/2010

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL   1/12/2010
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
*

wiewwwwww.....tak sabo nak berpoye-poye weh 

lempang sebijik dua nak??

T_T





GOOD LUCK untuk diri sendiri dan kawan2 ku ..




nak gi berpoye2 camni lagi..


hohh..sick! sick!

Monday, November 15, 2010

Mula2 try tembak2..



Bila first time main tembak2 dengan D60..
Terjumpa gambo2 lama ni..so rasa nak upload.
walaupun buruk..tetap gak nak tunjuk ehehe





Bunga matahari


Rose


serangga pe tah..siap ade taik lagi berak..yuckkss


 bunga tatau nama


kukukakikukaku...............


Low angle


bunga??


 bunga tatau nama lagi :p


kamu lagi


Pokok besau


cencaluk melaka mali....


small terompah..comey2 je..


view of Tasik Proton City, Tg. Malim

Uhmm..nak komen silakan..kutuk2 pon boley..pastu saya delete komen tersebut.

hahaha

sekian~

Saturday, November 13, 2010

Cerita ini cerita AKU

Hohoho, malam ni tangan gataii nak berstory. Pasai pa tah gatai sangat tangan ni. Meh tolong garu sat. Hahaha. Terus pi utara dah aku ni. hikhik.

Malam ni nak membebel pasal AKU. Bukan kamu, kamu dan kamu.Ok. Kat mana nak mula dulu eh.

Mesti korang2 semua yang membaca blog aku ni tertanya2 apa pekerjaan aku? student lagi ke? mak orang ke hape? kan.. kan.. walaupun kome xtanya tetap gak sebok2 nak bagitahu..ahaha.

Pekerjaan aku sebenarnya adalah seorang loyer. Bukan loyer di mahkamah awam atau mahkamah di raja. Bukan juga bertugas di mahkamah syariah atau mahkamah tinggi. Tetapi seorang loyer jeng..jeng..jeng...

loyer buruk! Tettt~

Pekerjaan ni memang best sebab tak tertakluk dalam mana2 undang2 di MALAYSIA.

Ok2, ni real story punya k..

Aku masih lagi seorang pelajar di salah sebuah IPTA di Malaysia. Sudah tahun ke-3. Bakal pemegang Ijazah Sarjana Muda dan berumur 22 tahun.

Bidang yang diambil berkaitan dengan pendidikan. Haaa, jadi tekalah Universiti mana yang melahirkan graduan2 dalam bidang pendidikan atau profesyen keguruan. Lalalalaaaa..

klu nyer UP*I..^____^

Bakal menjadi seorang pendidik. Walaupun aku rasa macam tak layak je nak jadi cikgu.  InsyaAllah aku kuat.

Merupakan peminjam PTPTPU opppssss PTPTN lah..ehehe. tak cukuplah kome bagi duit. Sem depan boleh tak tambah lagi :D.

Kalau lah dapat biasiswa......................sigh*

Lagi, apa nak tau? uhmmm...belum bekerja sudah pasti. Duduk rumah sewa dengan kawan2. Perlu ke bagitau? hikhik.

Status? Belum kawen. Calon dah ada. Auwwww malu..blushing*

Ok, now u'olz boleh tanye pape je tu pun kalo nak tanya......dialu2 kan..T_______T

Ouh..kena pergi sekarang. Seseorang sedang memanggil...


pix ni diambil semasa membuat ROS kat Sek.Men. Kg. Pasir Putih, Ipoh.

Pinjam meja guru untuk 2minggu :)




Eh..dimana matanya? tengok nametag tu..xnampaklahhhh..


Teringinlah nak duduk2 kat sini..tangkap2 gambo..heh sah takde keje. 
Lalalala~

Aku benci Upin Ipin!!

Hohoh..pagi2 sudah kaco mood aku oleh budak2 botak ni. Pengaruh betol citer UpinIpin ni. Kadang2 orang besar pun minat gak. Errrrr...tak paham gue. Aku terkecuali k.

Upin Ipin selalu mengganggu hidupku. Tak tenang aku dibuatnya. Ehmmm, apa yang budak2 botak ni buat kat aku ni sampai aku benci dia..Hishhhh, mencik2!!

Pergi jao2..

Sebenarnya, anak2 buahku terlalu fanatik sangat dengan citer "betol2" (buat suara comel mcm Upin Ipin) ni. Paling aku mencik napelaaa ada citer Upin Ipin dalam lappy ni..

Asal aku bukak lappy ni jer sume pakat dok serbu..sambil cakap "Acu...nak Upin Ipin" "Acuuuuuuuuu...nak..nak..." . Ouh, untuk pengetahuan dorang panggil aku acu..kadang2 panggil Acu Yang Baik. Ok. Tipu. Hahahahaaa

Errrrrrr, naik tension di buatnya..

Anak2 ku, acu nak menaip esemen ni...banyak keje nak kena taip. hoho. Padahal nak menaip blog and main facebook. Ekekek :p

Pagi ni, lappy ku terselamat daripada menjadi panggung wayang mereka. Hohhhh...tarik nafas lega sambil terkentut. Tettttttttt!! Opssss tak sengaja ar..hihihi

Nasib baik sekarang TV9 sedang main citer Upin Ipin..thanks TV9. Kamu penyelamat aku. Sebagai balasan malam ni aku tengok kamu yer. Sebab ada Idola Kecil Musim Ke-3. Hohooo. Kena tengok gak sebab kompom anak2 buah aku da cop Tv9. haih. Nak taknak terpaksala. Tv ada 1 jek.. T_______T

Eh2, tapi apesal aku join dorang tengok ni...lalalaalaaa~

Sekarang nak tunjuk gambo2 UpinIpin versi manausia sebenar...jeng3x..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tadaaaaaa..


UpinIpin black & white version
keja sambilan : part time modelling



UpinIpin sedang bersalam-salaman di pagi syawal ^_^

Nama sebenar Muhammad Nabil & Muhammad Naqib :))

Semakin Malam Semakin Aktif..Apakah??

Hohoho, dah macam belaja sains sekolah rendah pulak rasa. Macam buat hipotesis. Ingat tak? Ingat tak? p playback sat kalo xbape nak hengat. Kalo tak hengat lagi hantuk pale kat dinding. Hikhik. Peace!

Jom berteka-teki..

Apakah dia bila semakin malam semakin aktif? jeng..jeng..jeng..

Xde keje ke hape bagi soalan teka-teki malam2 camni. Kalo study kan bagus. Hohhh..aku masih belum ada mood untuk study ^__^. Errrrrr help me!! RESULT nak DEAN, tapi study malas. How come?? ngeeee. Sedang menyedarkan diri sendiri.

ok..

Berbalik kepada soklan di atas, jawapan yang paling tepat adalah "pemilik blog ini". Kahkahkah. Sebab bila makin malam beliau semakin aktif menggerak2kan jari-jemari untuk menaip assignment eh blog la :).

Bila malam je aktif, bila aktif je malam :p.

Aku suka time malam2 sebab malam la aku banyak idea nak mengarut mengarang, bercerita, berdiscuss, merapu..errrrr merapu?? heeeee~(sambil buat muka senyum seperti kerang wangi)

Tapi, itulah aku..senang malam2 kan, sesuai untuk masuk opis sendiri. Takde sape kaco. Hoho suka2x.

Bila tengok friends list kat facebook, waktu malam la paling ramai makhluk dok online. Jadi anda pun da tau kan. Malam waktu feberet untuk berqiamulail dengan facebook..

Ish3...

Manusia zaman sekarang .......

Teringat kata2 sorang Lecturer aku (Kak Lin).."jangan melawan fitrah"..malam adalah masa untuk tidur siang pula untuk berkerja mencari rezeki.

Tapi sekarang dah terbalik, malam cari kerja siang tido. Hohh. Apakah pekerjaan di malam2 hari ye..ngenggg~

Tido la oiiii....sah2 aku tak tido lagi lepas post entri ni. Degil sungguh hang ni.




macam ni la keadaan aku masa menulis+membebel+merapu
dlm entri ni
*meniarap*
seksi tak?
Ohok2..aku tidak memakai macam ni k.
sungguh blue kalian ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...